21 December 2009

Kacip

Senjata utama kaum wanita Kampung Sireh Bertingkat







Yang ini gua belum beli lagi dah habis.Cilakak.

Gua mengular kejap masa kerja.

mari kita layan.

20 December 2009

Felda : Medoi vs Bukit Tajau

Gua bukan anak peneroka Felda,tapi gua cucu peneroka Felda. Generasi ketiga orang kata.
Gua dah menjelajah banyak felda. Sampai ke Felda Sahabat, Sabah jauhnya. Sekarang gua nak cerita pasal Bukit Tajau dengan Medoi.

Medoi

Gua lahir dekat sinila.No 339. Rumah paling sebelah dengan tanah perkuburan. Dari dulu,kecik kecik sampai gua besar memang inilah tempat gua bermain.
Kalau dulu kecik kecik gua main polis sentri,pusing medoi naik basikal puksu gua,naik turun rumah atuk gua. 100meter,jarak rumah atuk belah ayah dengan mak gua.
Masuk kebun,sungai Kedondong. Itu mainan gua masa dah besar sikit. Tapi sekarang, Sungai Kedondong dah dalam nak mati. Hasil dari kerakusan hantu pasir. Gua nak suruh Karam Sing Waliya masuk buat pendedahan.
Harga getah sekarang. Semalam gua tanya mak gua. Kalau jual dekat stor(Felda punya) adela RM 2.70. Kalau jual luar(KwongSai=kongsai) RM 3.40. Mahal juga.
Rata rata penduduk Medoi gua tengok. Semua dah senang. Rumah besar,kereta 2,3 bijik.motor,ada satu rumah tu..5 bijik motor. Senangla. Kalau dulu rumahnya condong macam menara condong pon gua tengok dah jadi macam hotel Concod. Perubahan ekonomi memang bagus. Felda ni diteroka dalam era 60an. Selepas merdeka. Atuk gua yang terawal.

Bukit Tajau

Gua kenal Felda ni masa gua belajar dekat Jengka. Gua ikut program anak angkat badan beruniform. Dirasmikan oleh menteri. Datuk Seri Azalina binti Othman Said. Masa tu beliau menteri apa gua tak ingat. No 98/3 rumah mak angkat gua.
Gua tak tahu sangat pasal felda ni. Tapi gua sangat senang bila duduk sini. Mak angkat gua sangat baik. Dulu, gua selalu datang jenguk jenguk. Saje datang cari makan. Tu je la tahunya. Asal bulan puasa mesti datang. Tujuan,nak makan gulai tempoyak ikan patin. Sampai sekarang gua gemarkan ini.
Rata rata penduduk felda ni,gua tengok sekali imbas. Gua rasa tak semegah Felda Medoi. Kebanyakan rumah rumah dekat sini. Semua masih kekal dengan rumah peneroka awal awal dulu. Rumah jenis apa gua tak tahu. Ayah gua tahula.
Kebanyakan masih lagi menoreh getah. Adala separuh separuh yang dah mula nak tanam kelapa sawit.
Harga getah RM 4.12.gua tak tahu kenapa harga kat sini lagi gile mahal.

"Sekali kutip je,kau dah boleh nak terbang naik Air Asia pergi Sabah" kata kata seorang brader masa tahlil semalam.
Betapa besnye menoreh getah.

"Hujanla" tika hujan mula menitik gua bersuara.
"Kalau hari hari hujan,bukan setakat pergi Sabah.London pon aku sampai dalam mimpi." Kata kata seorang brader masa tahlil semalam.


Felda Medoi terletak di Segamat,Johor
Felda Bukit Tajau terletak di Maran,Pahang



Gua post pakai Blekberi ni

17 December 2009

Tambah taip

Nanti ada masa gua cerita sikit pasal ahli gagap yang baru ini.

sekarang memang takde masa. gua nak keluarkan kotak kotak sampah ni lagi.petang nanti nak pergi Laos. Nak baca doa awal tahun. Malam nak basuh baju. Esok nak dating. Nak pergi Pahang.

Tunggu saja entri entri dari beliau.

Gua pun tengah tak sabar ni.


1

.w
.e
.d
.h
.a
.a
.s
.m
.a
.r
.a

13 December 2009

Tiada

Resepi ikan patin masak tempoyak Kaklong.


"masuk santan...masuk tempoyak banyak...letak cili padi..masuk ikan patin"






"Naz...kaklong dah takde"




Al Fatihah

10 December 2009

Is This Love

Owen score hatrik pagi tadi.whoooo!!!

Kata di atas tiada kene mengena dengan entri gua yang ini.




"Naz, jom ikut aku pergi bank" Bos gua mengajak.

"Haa..jom bos"

"Nanti 1030 kita pergi."

"Ok bos" gua memang malas harini.malam tadi tengook Pulp Fiction sampai pukul 4 pagi.

......................................................................

"Nak bayar kereta dekat 'bank' haritu ke bos?" Gua bertanya ingin tahu.

"Heh..takdela, aku nak bagi bunga dekat wife aku"

"Whoooa..anibeseri ke bos?"

"Tak la..befday dia. Ade 7 tahun aku tak bagi bunga kat dia"

Gua memang tak reti nak borak dah lepas tu. Dekat sejam baru sampai PS.beli bunga dekat kedai bunga depat reegea bar.huhu.38 hinggit.



"Sekali sekala Naz"

"Hmmm..."

Gua sanggup jadi budak dispatch untuk situasi ni.memang bes berlakon.hehe.muka senyum je wife bos gua bila dapat delivery bunga tu..

"Dari siapa dik?"

"Mmm..hehe" gua senyap,senyum tak menjawab.




Is this love?
Oke..tajuk entri gua letak sebab gua selalu dengar lagu Bob Marley akhir akhir ini.



Gua post pakai BlackBerry® pinjam.

06 December 2009

Dulu gua takdela gagap sangat

Tadi gua tengok tengok Friendster baru.Gua update semua.

Gua jumpa ini.

04 December 2009

Kisah Kampung Sireh Bertingkat

Tersebutlah alkisah di sebuah kampung bernama Kampung Sireh Bertingkat.Terdapat ramai orang orang yang tidak diketahui asal usulnya.Walaupun ada,cumalah orang orang yang menumpang mencari rezeki di tepi tepi pokok keruing,itupun sangat kecil bilangannya.

Penduduk penduduk kampung Sireh Bertingkat ini tidaklah begitu normal kehidupannya.ada yang harinya dipenuhi dengan meminum air air yang berlogo kapak,ada yang harinya cuma duduk berkain batik menjual sireh,ada juga yang merayau rayau sambil mata tajam mencari sumber rezeki,ada juga yang sibuk mencantikkan muka dengan menampal bedak sejuk dan menunggu ditepi tepi pokok,menunggu siapa tidak tahu.Yang masih kecil juga tidak ketinggalan,sibuk bermain.Sememangnya yang kecil ini tidak tahu apa erti Tadika Murni.

Manakala, bagi orang orang yang menumpang,semuanya sibuk memerah keringat,membanting tulang bekerja untuk mencari sesuap megi.Datang pagi, balik malam.

Terjadilah kisah, pada hari tadi.Seorang kanak kanak penduduk kampung tersebut telah hilang dalam jagaan bondanya,penduduk tetap kampung tersebut.Berdarah air mata si bonda mencari anaknya.Merata di tepi pokok,unta,kancil,semak samun, tidak juga berjumpa.

Setelah lebih dua jam mencari, dia terdengar suara anaknya meraung raung bagai gila.Manakan tidak gila, bibirnya,pipinya,lehrnya,lengannya habis lebam lebam.Terdapat juga tiga kesan merah pekat seperti digigit kelawar.Meraung bondanya.

Arakian tersebut,menunggula bondanya,betol betol di bawah pokok jati tempat anaknya keluar tadi.Dilihatnya, seorang lelaki yang jalannya sedikit terhuyung dan bermuka puas.

Tanpa disoal,tanpa ditanya. Pang!!! Si bonda menampar lelaki tersebut.mulutnya terkumat kamit memaki dalam bahasanya.Tidak difahami oleh orang banyak. !-+l;/6k:@$!!!

Setelah puas memukul,memaki..si bonda memanggil orang orang kampung.Berceritalah si bonda kepada orang kampung.

Orang kampung yang telah mendengar cerita,pantas meringankan tangan kaki ke arah lelaki tersebut.Raungan lelaki tersebut tidak diendahkan.
Sehinggalah datang seorang penduduk kampung yang masih muda,juga jalannya terhuyung hayang,membawa sebiji buah kelapa.Dihayunnya kelapa tersebut ke kepala lelaki tadi.Bukan sekali, tetapi lima kali.Pecah kelapa,pecah kepala.Kelapa tidak pula mengeluarkan isi atau air.Kepala sahaja yang menitis air merah.Pekkkk!! Kaki pula di kepala.Terbaring lelaki tersebut memegang kepalanya.

Hingar bingar kampung tersebut.Semua orang banyak leka melihat,ada yang memanjat pokok,ada yang menggunakan teropong,tidak kurang juga yang menggunakan mata.

Dikisahkan, datang seorang tua,lengkap berbaju biru,tanjak biru,serta merokok.Rokok Nusantara hijau ori hemahnya."Kenapa?" Orang tua ini bukan orang kampung Sireh Bertingkat.
"Dia rogol anak saya" Si bonda pandai cakap luar.
"Ohhh..ok,yang lain lain sila beredar nanti tak pasal pasal aku panggil trak angkat semua sekali"Orang tua tersebut meninggi suara.

Maka berlarila orang orang kampung.

"Kejap, aku telepon hospital.nak ke tak nak diorang ambil kau.teruk dah ni"
"&¤m)a@p¥" Lelaki tadi merayu sambil keduanya tapak tangannya rapat lagak meminta maaf.
"Dah, kau tunggula kejap.Nasib tak mati kau kena belasah."

Setelah lima minit.datangla sebuah van mengambil lelaki tersebut, diiringi orang tua tadi.
Sebelum bergerak, tiba tiba muncul si bonda,menunjukkan anaknya.seperti mahu anaknya dibawa sekali.
"Kau betul nak naik sekali?kalau dah naik, memang tak datang balik." Kata orang tua berbaju biru tadi.

Si bonda tunduk sambil laju mengendong anaknya ke tepi.

Begitulah hari hari yang biasa dilalui oleh penduduk penduduk kampung Sireh Bertongkat.Mereka tidak takutkan siapa siapa.Mereka bebas mengamalkan undang undang sendiri, undang undang syariah mahupun sivil.Mereka bebas jual dadah.Mereka bebas jual diri.Mereka bebas buka judi kuda.Mereka bebas jual M16.Mereka bebas ludah sireh.Mereka kata mereka perlu dilindungi. "Saya ada kad UNICEF" Kata kata itu pernah didengari.

Yang masih belum bebas hanyalah penumpang penumpang kampung tersebut yang sepatutnya lebih berhak.Sampai bila.

Ini hanyalah secebis kisah dari kampung Sireh Bertingkat.


02 December 2009

Sah Malam ditulis sambil telinga gua menangkap irama lagu Nirvana.About a Girl.All Appologies.

taip
gerak
laju
sesat
bocor
jalan
tunggu
bayar
laju
bukit
laju
Hakim
hujan
Everton vs Liverpool
laju
dataran
Arsenal vs Chelsea
sejuk
tunggu
tunggu
lelap
tunggu
tunggu
tunggu
Subuh
lagi laju.


gua dah letak full stop.

Parandaman Pemandu Teksi Berkuliah 2

"U pergi stadium ka tengok?"

"yala" jawab gua tenang.

"hebat itu Negri 9 main"

"bolehla...Kelantan main takut takut sikit malam tu"

"diworang haa, penyokong saja berani..haha"

"mmmmm" lagi tenang gua jawab.

"eh, I tanya U la, kenapa dekat Malaysia ni..mana mana U pergi mesti akan berurusan dengan orang Kelantan?" Parandaman bagi soalan cepu perak.

"emmm..diorang pandai la, semua diorang tahu buat..jadi pegawai kerajaan, peguam, arkitek, injineer, lukis pelan, jual baju, jual insuran...huu macam macam..sampaila ke kedai makan. U tengok Kolumpo ni je..U jalan setiap 10 KM mesti ada 1 restoren yang tukang masaknya orang Kelantan..pakai jersi Kelantan hari hari buat air."

"tapi...diorang bukan lawa lawa pon." Parandaman bisik dengan gua, lagak orang kereta sebelah boleh dengar.

"laaa...kan dorang terkenal dengan 'comel lote'."

"tara la..orang Negeri 9 lagi lawa!!!"

"Hobin jang hobin!!!!" gua bersuara dalam hati sambil senyum tengok henpon gua.


den oghang Segamat

28 November 2009

Raya Korban.

......

Sekilo daging masuk badan gua.

......

24 November 2009

gantung

gua dengar lagu gantung.

sedap jugak.

22 November 2009

Maskara Shorties Final

dah nak masuk episod maskara yang baru.gua baru habis mereview kisah maskara gua.haha.

takpelah.gua kool.

lepas susun susun kerusi, gua duduk.ambil seat belakang belakang.

sabar gua menunggu dengan amir.orang ramai sudah mula keluar.
tak sabar gua.belek belek Stingarden, sambil tengok tengok awek.
amir pun sama.tengok awek.huh.ramai tu awek layan maskara ni.

setat je ada bunyi bunyi.Vovin da mula ada suara.
gua dah gerak pergi pondok atas pulak.baru clear.macam VIP bai.

antara yang paling masuk dalam kepala gua.




HANGUS - Dean Sham
memang gua rasa yang ini terbaik.mungkin pertama kali gua tengok.tak tahula.tapi, itulah.gua memang suka semuanya..watak,jalan cerita,plot,pilot kereta,pencuri,awek,YB,haha..lagila Pipiyapong.gua tengok masa tu.Amir dah macam nak turun kejar pipiyapong je.5 bintang.

KAK MIN - Ajami Hashim
yang ni sangat jujur.gua memang suka arwah.semua iklan dia gua tengok.filem ada jugak yang terlepas.huh.Al Fatihah.bintang hati.

PINTU - Akashdeep Singh
haha.yang ni memang gua gelak mula mula.akhir akhir gua rasa nak nangis.5 bintang.

MY PERFECT ANA - Nazri M. Anuar
ana adalah seorang robot.aku mahukan ana!!!aku hanya nak ana!!
"memang encik,kene beli lain.tu je".bintang bintang.

SAYA KACAK - Alif Firdaus Aziz
gua tak tahu cerita ni sangat sebab gua asik ikut karoke nyanyi lagu saya kacak.bintang kacak.

PEMBURU BUAYA DARAT - Tok Rimau
tok rimau ni memang kretip tahap apa tah.gua gelak gila gila masa ni..nak runtuh jugakla pondok tu.gua tak reti nak cerita satu satu babak dalam filem ni.yang penting ia menarik.5 bintang.

ACI BACA SAJAK - Abdullah Jones
yang ini.sejak sebelum pergi maskara gua dah tengok dekat youtube.
bila gua tengok penuh.filem ni memang bes.suka suka hati Abdullah Jones ni suruh aci aci baca sajak dia.memang menarik.gua tak ambil kisah dah dengan ayat sajak tu.haha.
lainkali.gua pon nak tolong bacakan sajak juga.haha.aci naik bintang.

gua rasa lebih sepuluh yang gua sempat tengok.memang semua best.ehhhh..

MELAYU 7 - Mamat Khalid
haha.yang ni nak ulas pon gua tak reti.tapi itulah melayu.jatidiri melayu masih ditahap tujuh.angguk angguk geleng geleng.bintang 7.

haaa..baru clear.gua amat puas hati dengan kehadiran gua ke maskara.sangat kool.gua dah jadi kool.walaupun bukan bersama orang yang memperkenalkan gua kepada maskara ni.gua puas hati.tolong jangan keracunan makanan lagi ye.

sebelum gua tutup edisi maskara gua kali ni.gua nak bagi kuiz.haha.

cuba cari gua dengan amir dalam ni.

21 November 2009

Parandaman Pemandu Teksi Berkuliah.

Gua pakai jersi kuning,jeans 1969 entah brand apa tah,topi Nike,begpek Adidas.
Gua nak balik kampung harini.

"Bos,gua MC..apa apa hal roger gua." Ayat mesej gua pada bos.

Dah sampai Titiwangsa.gua nak tuju Jalan Ampang pulak.

"Macha..hei macha"

Gua ke kene panggil?ahhh..buat bodoh je.nanti tak pasal pasal gua kene pow.KL ni.bukan Jengka.

"Baju kuning!!"

Gua?ahhh..siapa pulak yang panggil gua ni.gua toleh.

Parandaman!!!

Macamana dia boleh muncul sini.ikut gua dari rumah ke apa..haha.

"Pigi mana la dey?" Parandaman turunkan cermin tingkap tanya gua.

"Gua nak balik kampung". Gua jawab.

"Naikla, I hantar Puduraya" Parandaman berbudi bahasa dengan gua.

"Ahh,takpela..gua nak ke Jalan Ampang je." Gua tolak.

"Naik je.I hantar." Parandaman cakap.

Huh.yela.gua naik jugak.Titiwangsa-JA pon bukan jauh sangat.paling pon kene RM5.

Parandaman : Kichi,lama I tak nampak u sekarang?

Gua : gua dah up sikit.pergi kerja naik jet.haha.

Parandaman : haha.gila punya budak.Jalan Ampang ke?Jet dekat situ ke?

Gua : "cilaka",kenakan gua balik.(Gua bisik dalam hati) Gua punya bapak tunggu gua situ.

Parandaman : Ooo.balik Segamat?

Gua : A'a.(Terharu gua dia tahu kampung gua.)

Parandaman : itu jam haa, Jalan Ampang ni,tempat paling popular tau.semua orang kumpul situ punya tempat.I dulu hero Jalan Ampang.

Gua : haaa.lu hero? Lu ada selamatkan orang dari kena ragut Mat Rempit ke?

Parandaman : dey, I lahir dekat Parit Jawa,Muar. Tahun 1960 an I dah pindah sini.umur I lebih kurang U.

Gua : (senyap,tekun mendengar)

Parandaman : ceritanya,kawan kawan Muar I,satu hari,itu jam(gua dah celaru ayat Parandaman ni)
nak datang Kolumpo.nak pergi pejabat imigresen.I la tukang bawa.
I bawak dari Muar sampai Sungai Besi.itu jam,apa yang ada sekarang takde lansung dulu.satu pon takde.

Gua : Plus?

Parandaman : takde.

Gua : plaza tol sungai besi?

Parandaman : dey,U nak I turunkan U sini ka?

Gua : tak tak.(Gua kalau boleh memang nak turun.meter dah RM4.jalan tak sampai 3minit.jammed 4minit)

Parandaman : jabatan imigresen masa tu dekat PJ.I bawa kawan I pergi Jalan Ampang dulu.naik ampang point.kalau U nak tahu,itu jam, Ampang Pointla paling popular.
Shoping complex pertama kolumpo.bukan pertama complex.

Gua : ohhh.gua tau, gua baca Stingarden.

Parandaman : 5 jam kami jalan dalam ampang point.tengok orang je.
Lepas tu pergi tengok lumba kuda.itu jam takde KLCC.ada lumba kuda.itu tanah keluarga Ananda Krishnan.
Sampai senja kami dekat situ.haritu juga I bawa dorang balik.
I hero dekat JA je.masa I balik,I tak jumpa Sungai Besi.I sesat sampai Banting.

Gua : hahaha.(Gua malas nak tanya pasal jabatan imigresen, dorang pergi ke tak)

Haha.gua sempat rakam yang ni.ada dua lagi cerita.nanti gua curahkan kat sini.

07 November 2009

Maskara Shorties Part 3

"Bro, cancel ke?" Tanya gua.

"Eh, taklah.Penuh tu kat dalam.Takde space dah." Bro tu jawab.

Dalam hati gua.
"Ahh..gua da merempit dari sah alam, hujan hujan..takkan nak balik camtu je"

Pehh..dalam hati gua malu jugak ni sebenarnya. Diri gua ni bukannya insan berseni.
Saja je menyibuk nak in maskara ni.

Pedulila. Gua kool.

Siap sangkut helmet, cabut kunci..gua, Amir terus tuju dekat orang orang depan pintu masuk Rumah Pena tu.
Wahhh..penuhla kat dalam.

"Amir, tunggu la.gua rasa Sol-jah mesti bawak keluar punya wayang pacak ni.da tak hujab pon"

"Emm..a" Amir jawab pendek.

Gua tengok buku buku yang ada atas meja.pehhh..macam macam.
Memang gua tak lepas peluang ni.

3 gua angkat.

Stingarden - Sinaganaga
Matanya Teleskop, Hatinya Kapal Dalam Botol Kaca - Sufian Abas
Gedung Kartun - Zunar

Gua pas duit dekat Zunar.tapi, tak mintak otograp terus.huh.

"Amir, Pipi pipi.pipiyapong.pergila cium"

"Bodoh.dia sibuk tuh"

Gua tengok Sol-jah dah ready nak bukak dekat luar ni.

Gua ajak amir tolong susun kerusi.

"Seat depan..seat depan.."

*bersambungla lagi.

02 November 2009

Maskara Shorties Part 2

Hari ini hari sabtu.gua kena bersiap sedia.

Hari ini hari kerja.gua kena kerja.buat ala kadar dah la.

Gua nak pergi Maskara.

Jom sah alam dulu.ikut Guthrie.Amir paksa gua.
Jam 645 petang.Huuu..wei, Maskara!

Ahhh!Bukan wajib pergi pon.Amir.
Hoi hoi..gua dah tunggu lama.

Jam 745 petang.Amir, dah setat ni.Jom gerak.

Hujan kot.tak kira, kita redah.gua memang tak boleh lama lama dekat sah alam ni.alergi.

Helmet warna kuning, biru.rare.

Ikut laluan motor.ikut laluan motor.
Laju jugak kapcai plat kepala K lu ni Amir.

Gua cilok jalan tepi istana.gua cilok jalan dataran.gua cilok jalan pudu.
Jalan hang tuah.lalu bawah monorel yang selalu gua tumpang.

Sejuk.

Cari MAA.cari MAA..ehh..tu DBP.
Nak sampai dah ni.

Brek brek..ni MAA.depan dia.haaa.tuh.gua muncungkan mulut.
Gelap je.cubala tengok.

Banyak keretala.
Siap ada penyambut kita Amir.

Pakai tshirt Sol-jah.yeahh!!


*bersambung.

Rumi & Juli

Kami suci cinta.

Saripah : selamat(ejaan sebenar smlm)malam(ejaan sebenar mlm) Romeo.

Pakngah Dugong : gampang.sejak bila gua jadi Romeo.

Saripah : hahahaa

Pakngah Dugong : Ahhhh.malam Juliet!




gua masih singgel.

Maskara Shorties Part 1

Apa jadah maskara ni.gua tak tahu.tak pernah pon ambil tahu.

Sejak gua kenal dunia belog dari conteng, gua dah setat ikut@buat jalan belog.
Macam dulu dulu Samy Velu buat jalan juga ada.

Gua baca Pipiyapong dengan Hilang Puncanya
Gua baca Sinaganaga dengan Hikayat Origami
Gua baca Sol-jah.
Gua jenguk Tok Rimau,Fynn Jamal,
Gua ikut Bukan Bogel.

Sejak hari tu.hari hari gua lalu jalan sama.
Sampai masa gua nampak iklan batal Maskara Shorties.gua betul betul ingin tahu apa jadahnya maskara ni.
Sama macam Maskulinkah?Masakankah?Mas tulenkah?ke Maslianah Mariali yang baru selamat melahirkan seorang lagi awek di bumi ini.

311009, Ahhhh!! Gua kena pergi jugak.gua tanam dalam hati rapi rapi.

Walau gua tak pasti lagi maksud sebenar Maskara tersebut.


"Maskara jom".gua cakap.

"Jom!aku nak cium pipi Pipi(merujuk kepada Pipiyapong)!!!.amir cakap.


*bersambung.