31 December 2009

25 December 2009

Sembang tiga beranak penduduk Kampung Sireh Bertingkat


Anak : Baba, kita nak jual dekat mana cabai ni semua?

Baba : Nanti petang ikut Baba pergi seberang sana ye.

Anak : Seberang?

Baba : Iya seberang, sebelah sana. Dekat situ ramai orang. Nanti Baba bagi cabai ni seplastik dekat gangster yang pakai baju biru samar samar, perut boroi, kasut kilat tu, kita boleh jual sampai pagi.

Anak : Ok Baba.

Mama : Cepatla kira. Betul betul, nanti tak cukup 20 ribu cabai, tak lepasla kita nak makan lauk ayam krismas ni.


Gua dah alih bahasakan perbualan tiga beranak ini. Pakai gugel.

24 December 2009

Rumusan 2009 : Buku 5 bintang


Stingarden - Sinaganaga


“Cinta itu Love”
“Awakkk, Siah kata, jom kita make love”



Gua tak nak ulas pasal buku ni panjang panjang, sebab gua belum dapat lagi otograp Sinaganaga.
Baca sendiri baru kool.


"Keep it up, Sinaganaga!!"

Rumusan 2009 : Filim 5 Bintang


Saya Jon Dilinger.Kawan saya Muka Bayi Nelson


Gua tengok cerita ni dekat GSC Times Square. Tempat duduk belakang belakang tengah. Gua tengok dengan siapa itu yang gua lupa. Tapi yang pastinya memang lelaki, sebab tahun ni gua jalan dengan lelaki je. Memang dah ada yang panggil gua homoseksual. Gua buat muka steady je.

Gua rasa filim ni memang terbaik bagi gua. Gua memang suka Joni Depp. Paling gua ingat dalam filim ni masa 'musuh orang awam', Jon Dilinger ni masuk balai polis buat muka cilaka sambil jalan macam P Ramlee. satu lagi yang best cara Jon Dilingger tu kene bunuh. Tembus bai otak. Keluar peluru dekat bawah mata dekat pipi.

Sambil sambil gua nak taip ni tadi, gua buat homework sikit.
Tak satu pun dari mereka pernah berkata siapa yang benar-benar membunuh Jon Dillinger.


"Bye bye blackbird"
Boleh tengok, baca dekat sini.



Nah, gua sertakan sekali dengan lagu tangkap leleh dari dalam filim ni.


23 December 2009

FIFA / Tim XI Dunia FIFPro penuh

21 Desember 2009 2:57:56

Dunia sepakbola berkumpul di Zurich, Swiss malam ini untuk gala FIFA tahunan untuk mengumumkan tidak hanya FIFA World Player Of The Year, tapi juga FIFA dan FIFPro World XI.

Dengan lebih dari 50.000 pemain sepak bola profesional dari seluruh dunia memberikan suara untuk memulai terbaik mereka XI dari 12 bulan terakhir; ada kompetisi besar untuk tempat di tim bergengsi tahun ini.

XI akhir diumumkan malam ini dan benar-benar didominasi oleh Liga Premier dan La Liga, dengan semua tempat akan sebelas bintang-bintang dari Eropa atas dua divisi.

Tahun lalu penjaga gawang Iker Casillas tetap tempatnya antara posting seperti yang dilakukan Chelsea's John Terry di pertahanan. Barcelona's Xavi dan Leo Messi juga membuat skuad untuk tahun kedua berjalan dengan Cristiano Ronaldo dan Liverpool's Steven Gerrard.

Antara debutan di tim Barcelona's Dani Alves dan Manchester United's Patrice Evra dan Nemanja Vidic.


FIFA / Tim XI Dunia FIFPro penuh:

Iker Casillas (Real Madrid); Dani Alves (Barcelona), John Terry (Chelsea), Nemanja Vidic (Manchester United), Patrice Evra (Manchester United); Xavi (Barcelona), Andres Iniesta (Barcelona), Steven Gerrard (Liverpool), Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Fernando Torres (Liverpool)

Gua cedok dari sini.


rasa sayang hey..rasa sayang, sayang hey



p/s:Player tim Arsenal ada dalam list pemain simpanan bersama Aidil Zafuan

22 December 2009

Tok Medoi

Mari lihat apa gua dapat bila gugel Medoi.

Sejarah Felda Medoi

Felda Medoi adalah sebuah tanah rancangan yang dibuka pada pertengahan tahun 1963 sebagai sebahagian daripada pembangunan tanah pinggir untuk bumiputra oleh kerajaan ketika itu. Terletak 8 kilometer dari Bandar Segamat. Ekonomi utama penduduk di Felda Medoi adalah penanaman pokok getah.

Nama Felda Medoi diperolehi daripada nama orang asli yang bernama Tok Medoi. Tok Medoi dikatakan telah membuka penempatan awal di sini.
Masyarakat sekitar pada ketika itu sangat menghormati beliau kerana mempunyai pengetahuan yang luas. Namanya diabadikan sebagai mengingati jasa-jasanya....



Pembakar Semangat


Golongan wanita di Felda Medoi merupakan golongan yang dipandang tinggi kerana semangat juangnya. Mereka adalah orang yang menjadi peniup semangat kepada suami ketika peringkat awal meneroka tanah Felda tersebut. Kini setelah berpuluh tahun berlalu, hasil titik peluh dinikmati dan dikongsi sekeluarga. Tentulah tidak boleh dinafikan peranan mereka bukan sahaja kepada kejayaan tanah yang diteroka tetapi juga kepada keluarga.

Pada masa yang sama, mereka juga melibatkan diri dalam hal-hal sosial, masyarakat dan juga keagamaan. Pada masa-masa terluang wanita Felda Medoi menghadiri majlis bacaan yasin pada setiap Isnin di Masjid Jamek Medoi....



Sekolah adik gua


Lokasi geograpi. Orang naik helikopter je baca ni.


Ni profile Medoi





Gua pelik kenapa entri gua yang baru gua tulis tu tak keluar.





NAZ BOSANYE TOPIC KO NI!!!! -wEdHa

21 December 2009

BilE wEdha MeNuLiS!!!

'kopi jantan satu!!!

penat!!!

Kacip

Senjata utama kaum wanita Kampung Sireh Bertingkat







Yang ini gua belum beli lagi dah habis.Cilakak.

Gua mengular kejap masa kerja.

mari kita layan.

20 December 2009

Felda : Medoi vs Bukit Tajau

Gua bukan anak peneroka Felda,tapi gua cucu peneroka Felda. Generasi ketiga orang kata.
Gua dah menjelajah banyak felda. Sampai ke Felda Sahabat, Sabah jauhnya. Sekarang gua nak cerita pasal Bukit Tajau dengan Medoi.

Medoi

Gua lahir dekat sinila.No 339. Rumah paling sebelah dengan tanah perkuburan. Dari dulu,kecik kecik sampai gua besar memang inilah tempat gua bermain.
Kalau dulu kecik kecik gua main polis sentri,pusing medoi naik basikal puksu gua,naik turun rumah atuk gua. 100meter,jarak rumah atuk belah ayah dengan mak gua.
Masuk kebun,sungai Kedondong. Itu mainan gua masa dah besar sikit. Tapi sekarang, Sungai Kedondong dah dalam nak mati. Hasil dari kerakusan hantu pasir. Gua nak suruh Karam Sing Waliya masuk buat pendedahan.
Harga getah sekarang. Semalam gua tanya mak gua. Kalau jual dekat stor(Felda punya) adela RM 2.70. Kalau jual luar(KwongSai=kongsai) RM 3.40. Mahal juga.
Rata rata penduduk Medoi gua tengok. Semua dah senang. Rumah besar,kereta 2,3 bijik.motor,ada satu rumah tu..5 bijik motor. Senangla. Kalau dulu rumahnya condong macam menara condong pon gua tengok dah jadi macam hotel Concod. Perubahan ekonomi memang bagus. Felda ni diteroka dalam era 60an. Selepas merdeka. Atuk gua yang terawal.

Bukit Tajau

Gua kenal Felda ni masa gua belajar dekat Jengka. Gua ikut program anak angkat badan beruniform. Dirasmikan oleh menteri. Datuk Seri Azalina binti Othman Said. Masa tu beliau menteri apa gua tak ingat. No 98/3 rumah mak angkat gua.
Gua tak tahu sangat pasal felda ni. Tapi gua sangat senang bila duduk sini. Mak angkat gua sangat baik. Dulu, gua selalu datang jenguk jenguk. Saje datang cari makan. Tu je la tahunya. Asal bulan puasa mesti datang. Tujuan,nak makan gulai tempoyak ikan patin. Sampai sekarang gua gemarkan ini.
Rata rata penduduk felda ni,gua tengok sekali imbas. Gua rasa tak semegah Felda Medoi. Kebanyakan rumah rumah dekat sini. Semua masih kekal dengan rumah peneroka awal awal dulu. Rumah jenis apa gua tak tahu. Ayah gua tahula.
Kebanyakan masih lagi menoreh getah. Adala separuh separuh yang dah mula nak tanam kelapa sawit.
Harga getah RM 4.12.gua tak tahu kenapa harga kat sini lagi gile mahal.

"Sekali kutip je,kau dah boleh nak terbang naik Air Asia pergi Sabah" kata kata seorang brader masa tahlil semalam.
Betapa besnye menoreh getah.

"Hujanla" tika hujan mula menitik gua bersuara.
"Kalau hari hari hujan,bukan setakat pergi Sabah.London pon aku sampai dalam mimpi." Kata kata seorang brader masa tahlil semalam.


Felda Medoi terletak di Segamat,Johor
Felda Bukit Tajau terletak di Maran,Pahang



Gua post pakai Blekberi ni

17 December 2009

Tambah taip

Nanti ada masa gua cerita sikit pasal ahli gagap yang baru ini.

sekarang memang takde masa. gua nak keluarkan kotak kotak sampah ni lagi.petang nanti nak pergi Laos. Nak baca doa awal tahun. Malam nak basuh baju. Esok nak dating. Nak pergi Pahang.

Tunggu saja entri entri dari beliau.

Gua pun tengah tak sabar ni.


1

.w
.e
.d
.h
.a
.a
.s
.m
.a
.r
.a

13 December 2009

Tiada

Resepi ikan patin masak tempoyak Kaklong.


"masuk santan...masuk tempoyak banyak...letak cili padi..masuk ikan patin"






"Naz...kaklong dah takde"




Al Fatihah

10 December 2009

Is This Love

Owen score hatrik pagi tadi.whoooo!!!

Kata di atas tiada kene mengena dengan entri gua yang ini.




"Naz, jom ikut aku pergi bank" Bos gua mengajak.

"Haa..jom bos"

"Nanti 1030 kita pergi."

"Ok bos" gua memang malas harini.malam tadi tengook Pulp Fiction sampai pukul 4 pagi.

......................................................................

"Nak bayar kereta dekat 'bank' haritu ke bos?" Gua bertanya ingin tahu.

"Heh..takdela, aku nak bagi bunga dekat wife aku"

"Whoooa..anibeseri ke bos?"

"Tak la..befday dia. Ade 7 tahun aku tak bagi bunga kat dia"

Gua memang tak reti nak borak dah lepas tu. Dekat sejam baru sampai PS.beli bunga dekat kedai bunga depat reegea bar.huhu.38 hinggit.



"Sekali sekala Naz"

"Hmmm..."

Gua sanggup jadi budak dispatch untuk situasi ni.memang bes berlakon.hehe.muka senyum je wife bos gua bila dapat delivery bunga tu..

"Dari siapa dik?"

"Mmm..hehe" gua senyap,senyum tak menjawab.




Is this love?
Oke..tajuk entri gua letak sebab gua selalu dengar lagu Bob Marley akhir akhir ini.



Gua post pakai BlackBerry® pinjam.

06 December 2009

Dulu gua takdela gagap sangat

Tadi gua tengok tengok Friendster baru.Gua update semua.

Gua jumpa ini.

04 December 2009

Kisah Kampung Sireh Bertingkat

Tersebutlah alkisah di sebuah kampung bernama Kampung Sireh Bertingkat.Terdapat ramai orang orang yang tidak diketahui asal usulnya.Walaupun ada,cumalah orang orang yang menumpang mencari rezeki di tepi tepi pokok keruing,itupun sangat kecil bilangannya.

Penduduk penduduk kampung Sireh Bertingkat ini tidaklah begitu normal kehidupannya.ada yang harinya dipenuhi dengan meminum air air yang berlogo kapak,ada yang harinya cuma duduk berkain batik menjual sireh,ada juga yang merayau rayau sambil mata tajam mencari sumber rezeki,ada juga yang sibuk mencantikkan muka dengan menampal bedak sejuk dan menunggu ditepi tepi pokok,menunggu siapa tidak tahu.Yang masih kecil juga tidak ketinggalan,sibuk bermain.Sememangnya yang kecil ini tidak tahu apa erti Tadika Murni.

Manakala, bagi orang orang yang menumpang,semuanya sibuk memerah keringat,membanting tulang bekerja untuk mencari sesuap megi.Datang pagi, balik malam.

Terjadilah kisah, pada hari tadi.Seorang kanak kanak penduduk kampung tersebut telah hilang dalam jagaan bondanya,penduduk tetap kampung tersebut.Berdarah air mata si bonda mencari anaknya.Merata di tepi pokok,unta,kancil,semak samun, tidak juga berjumpa.

Setelah lebih dua jam mencari, dia terdengar suara anaknya meraung raung bagai gila.Manakan tidak gila, bibirnya,pipinya,lehrnya,lengannya habis lebam lebam.Terdapat juga tiga kesan merah pekat seperti digigit kelawar.Meraung bondanya.

Arakian tersebut,menunggula bondanya,betol betol di bawah pokok jati tempat anaknya keluar tadi.Dilihatnya, seorang lelaki yang jalannya sedikit terhuyung dan bermuka puas.

Tanpa disoal,tanpa ditanya. Pang!!! Si bonda menampar lelaki tersebut.mulutnya terkumat kamit memaki dalam bahasanya.Tidak difahami oleh orang banyak. !-+l;/6k:@$!!!

Setelah puas memukul,memaki..si bonda memanggil orang orang kampung.Berceritalah si bonda kepada orang kampung.

Orang kampung yang telah mendengar cerita,pantas meringankan tangan kaki ke arah lelaki tersebut.Raungan lelaki tersebut tidak diendahkan.
Sehinggalah datang seorang penduduk kampung yang masih muda,juga jalannya terhuyung hayang,membawa sebiji buah kelapa.Dihayunnya kelapa tersebut ke kepala lelaki tadi.Bukan sekali, tetapi lima kali.Pecah kelapa,pecah kepala.Kelapa tidak pula mengeluarkan isi atau air.Kepala sahaja yang menitis air merah.Pekkkk!! Kaki pula di kepala.Terbaring lelaki tersebut memegang kepalanya.

Hingar bingar kampung tersebut.Semua orang banyak leka melihat,ada yang memanjat pokok,ada yang menggunakan teropong,tidak kurang juga yang menggunakan mata.

Dikisahkan, datang seorang tua,lengkap berbaju biru,tanjak biru,serta merokok.Rokok Nusantara hijau ori hemahnya."Kenapa?" Orang tua ini bukan orang kampung Sireh Bertingkat.
"Dia rogol anak saya" Si bonda pandai cakap luar.
"Ohhh..ok,yang lain lain sila beredar nanti tak pasal pasal aku panggil trak angkat semua sekali"Orang tua tersebut meninggi suara.

Maka berlarila orang orang kampung.

"Kejap, aku telepon hospital.nak ke tak nak diorang ambil kau.teruk dah ni"
"&¤m)a@p¥" Lelaki tadi merayu sambil keduanya tapak tangannya rapat lagak meminta maaf.
"Dah, kau tunggula kejap.Nasib tak mati kau kena belasah."

Setelah lima minit.datangla sebuah van mengambil lelaki tersebut, diiringi orang tua tadi.
Sebelum bergerak, tiba tiba muncul si bonda,menunjukkan anaknya.seperti mahu anaknya dibawa sekali.
"Kau betul nak naik sekali?kalau dah naik, memang tak datang balik." Kata orang tua berbaju biru tadi.

Si bonda tunduk sambil laju mengendong anaknya ke tepi.

Begitulah hari hari yang biasa dilalui oleh penduduk penduduk kampung Sireh Bertongkat.Mereka tidak takutkan siapa siapa.Mereka bebas mengamalkan undang undang sendiri, undang undang syariah mahupun sivil.Mereka bebas jual dadah.Mereka bebas jual diri.Mereka bebas buka judi kuda.Mereka bebas jual M16.Mereka bebas ludah sireh.Mereka kata mereka perlu dilindungi. "Saya ada kad UNICEF" Kata kata itu pernah didengari.

Yang masih belum bebas hanyalah penumpang penumpang kampung tersebut yang sepatutnya lebih berhak.Sampai bila.

Ini hanyalah secebis kisah dari kampung Sireh Bertingkat.


02 December 2009

Sah Malam ditulis sambil telinga gua menangkap irama lagu Nirvana.About a Girl.All Appologies.

taip
gerak
laju
sesat
bocor
jalan
tunggu
bayar
laju
bukit
laju
Hakim
hujan
Everton vs Liverpool
laju
dataran
Arsenal vs Chelsea
sejuk
tunggu
tunggu
lelap
tunggu
tunggu
tunggu
Subuh
lagi laju.


gua dah letak full stop.

Parandaman Pemandu Teksi Berkuliah 2

"U pergi stadium ka tengok?"

"yala" jawab gua tenang.

"hebat itu Negri 9 main"

"bolehla...Kelantan main takut takut sikit malam tu"

"diworang haa, penyokong saja berani..haha"

"mmmmm" lagi tenang gua jawab.

"eh, I tanya U la, kenapa dekat Malaysia ni..mana mana U pergi mesti akan berurusan dengan orang Kelantan?" Parandaman bagi soalan cepu perak.

"emmm..diorang pandai la, semua diorang tahu buat..jadi pegawai kerajaan, peguam, arkitek, injineer, lukis pelan, jual baju, jual insuran...huu macam macam..sampaila ke kedai makan. U tengok Kolumpo ni je..U jalan setiap 10 KM mesti ada 1 restoren yang tukang masaknya orang Kelantan..pakai jersi Kelantan hari hari buat air."

"tapi...diorang bukan lawa lawa pon." Parandaman bisik dengan gua, lagak orang kereta sebelah boleh dengar.

"laaa...kan dorang terkenal dengan 'comel lote'."

"tara la..orang Negeri 9 lagi lawa!!!"

"Hobin jang hobin!!!!" gua bersuara dalam hati sambil senyum tengok henpon gua.


den oghang Segamat