26 August 2009

kongsi rumah gua.

Rumah gua bukan rumah kongsi PATI.
Dijul
Orangnye peramah bila kene masanya. Umur lingkungan 25.

Awal debutnya, sangat meyakinkan perbualannya. Mahu kerja cari duit. Mahu buka perniagaan sendiri. Dengan tiada bekalan dan sedikit ilmu masak megi di rumah, beliau kerja di sebuah restoren westen. Jadi chef katanya.

Sibuk beliau. Hari hari abis masak pukul 2,3 pagi. Menganggu mimpi saya dengan bidadari. Tak apelah. Hampir 5 bulan beliau komited dengan kerjanya.
Masuk bulan ke 6. Sudah keluar suara suara yang menyatakan ketidak puas hatian beliau terhadap managment restoren.

"balik pukul 2,3 pagi,penat..gaji sikit..nak berentila!" kecewa dijul.

Gua tak dapat berkata apa. Tetap mengharap beliau terus bekerja, agar beliau berduit untuk membayar sewa rumah kongsi gua.
Selang beberapa minggu.
Asal gua balik rumah je, dijul ada.

"aiii..tak kerja ke dijul ni?" bisik hati gua.

Seminggu begitu. Gua da pelik.
2 hari lepas, beliau ajak gua layan GI JOE. Gua layankan.

"aku dah berhenti kat restoren." cerita dijul semasa dalam perjalanan menemui j0e's.

"aku nak berniaga dekat masjid india" sambung dijul.

Gua senyap membisu. Tak apelah.

Hari ni gua balik, dijul sudah pergi. Ke masjid india,berniaga.

Kemana agaknya dijul selepas raya nanti?

Nota buat Dijul.

"jangan pergi dijul. Siape nak kongsi bayar sewa rumah kongsi ni?"

24 August 2009

Pagi 1Malaya.

Jam menunjukkan pukul 7.30pagi. Gua kira baru 2 minit gua lelap selepas sahur.

"ahhh..harini opis setat awal"

Sememangnya gua terlambat sampai opis. Semua ni salah Dijul yang suka suka ajak gua nonton GI Jo dekat Tgv Kepong.

Sampai opis, gua dipertontokan dengan adegan gaduh mulut seorang makcik yang pada hemah gua berpangkat nenek. Nenek melayu vs macha india.

"kau suka suka langgar kenapa?" jerit nenek.
"saya tak nampak" jawab macha dengan selamba.

Keadaan semakin panas apabila hampir semua penduduk banggunan keluar da menjerit mnyuarakan ketidak puas hatian.

Gua tercengang tengok keadaan tersebut.
Nenek sudah mula mencapai telepon. Mendail 991 hemah gua.

Tak sampai seminit, muncul lelaki tua bersongkok hitam mendekati nenek. Gua yakin itu cinta nenek.

"kenapa ni?" tanya datuk.
"die ni nak langgar Angse kt" jelas nenek sambil tangannya menuding macha.

Macha kaget.

"Milah, sudahlah..tak kena pon..tengok bekilat lagi angse kita ni..biarla dia jalan.maafkan dia..kesian dia..kita kan 1Malaya!!"

"gulp!"
Gua terus berlari masuk opis sambil menjeling Agnes di depan pintu.

Kolumpo kiri, Rawang kanan, Holik tengah.




Gua menuju ke jalan H0rlicks.

1. Tiket bas Rapit Kolumpo.
2. Resit makan gerai payung arwah pak din.
3. Kad topap celkom, mekcis.
4. Berpuluh tiket wayang.
5. Resit kepsi, joni, piza, moca setabak, eskem mekdi.
6. Enpon oksigen atom.
7. Kasut asic harimau onizuka mad in 'bandar atas' Danau Kota.
8. 3 helai jin levis bundel.
9. Begpek adidas.
10. Tiket game MU VS Malaya.
11. Roti nan mapley Bidayah.
12. Majalah Mastika, Digital Camera, Wisel, 442.(ada 1 majalah pasal Mikel Jeksen)
13. IPot cine.(gila hangkang kualiti)

Senarai barang rembatan gua.
Pehhh..
Gua terasa nak merembat, macam gua merembat masuk bola masa gem dekat Ampang sepot pelenet tempoh hari.

Percintaan Tan Hong Ming 2

gua agak mesti orang dah perasan tb3 da mula tayang balik iklan2 merdeka.sempena menyambut 52 tahun kemerdekaan Malaya dan tahun pertama untuk aspirasi 1malaya digempar gempurkan.

pasal kehebatan sorang datuk yang mampu ada drebar untuk pandu kereta 'perimier' dia walaupun berkaki palsu.

'tapi ingat, berjalan mesti ke hadapan.bukan ke belakang'

ada lagi yang gua perasan..tapi..tapi gua perasan tak nampak je,sebab..sebab gua gagap nak in kat sini.beng0ng.

Tengok..Gua me..me..memang susah sikit nak membelog ni.
Tak lepas lagi gua nak cerita pasal cinta Tan Hong Ming.

Lagi lagi sambung~~

Percintaan Tan Hong Ming

Bubur lambuk kampung baru juadah hari pertama buka puasa gua. Gila saving.

pomm!
Pomm3!!
'cilabi..baru hari pertama puase..kanak2 sebelah rumah gua da main mercun..gila hebat penyeledup2 malaya ni'

Gua nak cerita pasal Tan Hong Ming sebenarnya.
Tak ape..nan..nanti ye..

~~~

22 August 2009

delapan purnama

Apa gua buat harini.
Mengular.
Mengulo.

Hari pertama puasa.Lapar tak ingat. Gua sahur dengan air kosong plas 2 batang Winston. Pehhhh...

Baru gua sedar, dah lapan bulan gua merantau kat kolumpo ni. Dah lapan bulan..tapi..tapi..gua tak ada apa apa yang boleh dibanggakan. Huh.

Keluar pagi balik malam.
Nating!!

21 August 2009

aku gagap

pehhhh..indahnya...
gua masuk balik ke alam ini
lama sangat tinggal..memang xpernah ada...
tapi, nak try jugak..

doakan...