26 August 2009

kongsi rumah gua.

Rumah gua bukan rumah kongsi PATI.
Dijul
Orangnye peramah bila kene masanya. Umur lingkungan 25.

Awal debutnya, sangat meyakinkan perbualannya. Mahu kerja cari duit. Mahu buka perniagaan sendiri. Dengan tiada bekalan dan sedikit ilmu masak megi di rumah, beliau kerja di sebuah restoren westen. Jadi chef katanya.

Sibuk beliau. Hari hari abis masak pukul 2,3 pagi. Menganggu mimpi saya dengan bidadari. Tak apelah. Hampir 5 bulan beliau komited dengan kerjanya.
Masuk bulan ke 6. Sudah keluar suara suara yang menyatakan ketidak puas hatian beliau terhadap managment restoren.

"balik pukul 2,3 pagi,penat..gaji sikit..nak berentila!" kecewa dijul.

Gua tak dapat berkata apa. Tetap mengharap beliau terus bekerja, agar beliau berduit untuk membayar sewa rumah kongsi gua.
Selang beberapa minggu.
Asal gua balik rumah je, dijul ada.

"aiii..tak kerja ke dijul ni?" bisik hati gua.

Seminggu begitu. Gua da pelik.
2 hari lepas, beliau ajak gua layan GI JOE. Gua layankan.

"aku dah berhenti kat restoren." cerita dijul semasa dalam perjalanan menemui j0e's.

"aku nak berniaga dekat masjid india" sambung dijul.

Gua senyap membisu. Tak apelah.

Hari ni gua balik, dijul sudah pergi. Ke masjid india,berniaga.

Kemana agaknya dijul selepas raya nanti?

Nota buat Dijul.

"jangan pergi dijul. Siape nak kongsi bayar sewa rumah kongsi ni?"

No comments: