20 October 2009

suara

suara.

gagap lagi.

bismillahhirrahmanirrahim.

18 October 2009

MLM lagi.

"senang je..kau cari je dua orang bawah kau jadi downline.Modal 50 je "

"tak reti cakap, bia aku je cakap"
sembang Azman sama gua.

Bila Azman ajak minum.

Gua tengah lepak baca siri pasport Pipiyapong, tiba tiba..

truutt..telefon bimbit gua bunyi.ada mesej masuk.

Azman
lu katne? jom minum?

aiseh.baru gua ingat nak rilek rilek. Semalam dari pagi sampai petang dah sibuk layan event muksu gua. malam jalan Uptown. ni pagi tadi pergi berenang.

bukan apa, gua dah masak sangat dengan Azman ni.

kalau dia ajak minum mesti ada bisnes yang nak dibincangkan.

kebiasaanya, satu bisnes pon tak jadi!!

17 October 2009

Atas

Jika.
Aku.
Turun.
Naik.
Tangga.
Itu.






Sampai bila aku disini?



Bandar Tasik Selatan

16 October 2009

Parandaman.

Pagi, gua bangun awal. Habis bersiap gua keluar rumah tutup pintu mangga dan jalan. harini gua nekad nak naik teksi sebab Gen-3 gua belum lepas keluar lagi.

Sambil gua jalan menuju ke tempat mununggu teksi, gua sempat lepak kedai Dolah capai Utusan. Baca sikit cerita bola Malaya. " Malam Pesta Gol". "Huh! patutla stadium dekat rumah gua bising je malam tadi, rupanya askar kena belasah".

Habis gua baca. Bagi salam kat Dolah, cakap gua nak jalan dah.

"Nah rokok sebatang." Dolah tolak gua rokok.

"Eh, takpe.Gua puasa 6.". gua tolak Dolah rokok.

Tunggu teksi.

Adala 2,3 awek Sogo sama sama tunggu bas dengan gua. Diorang tunggu bas, gua tunggu teksi.Huh!

5minit.

Lepas je kereta Unser biru lalu gua nampak satu teksi..heh..dari jauh gua dah senyum.

Gua gagap lagi ni.

Nanti lain kali gua rakam semua perbualan gua dengan pemandu teksi Parandaman ni. Ayat ayat dia memang bagi impak kat gua. Ada cerita politik,1 Malaya, hal kaum di Malaya, motivasi motivasi.betul, gua rasa kalau dia ni jadik pensyarah dekat Universiti, mesti pakai tittle Dr.

Huh.rugi.

Nanti gua cerita penuh sama lu bukan bogel.Gua dah gagap balik, banyak ayat best Parandaman ni gua lupa.Huh!

12 October 2009

300 bai

gua takdek can betol taip belog.

nanti gua bagi sepuluh entri baru.

janji!

04 October 2009

petang membaca

rutin gua setiap petang ahad.

menerima bait bait puisi fynn jamal.meneroka maksud lagu lagu wani ardy.mengikut rentak sedap beeha.

membaca dengan penuh hati post post lama pipiyapong,soljah,sinaganaga dan beberapa blog yang tak pernah miss.

macam ni kira stalker jugak ke?.

pesanan abang.

"weh..aku tak main petang nanti" kata abang.
"ko tolong r member member aku nanti..asal jangan kalah dah le..nanti aku bawak ko clubbing ngan awek hot."

adik jawab."ok!"

mungkin waktu ini.mereka semua baru pulang ke rumah selepas bergembira selepas si adik menjaringkan gol untuk kelab si abang.haha.

game paling pelik gua layan.bosan.sebelum game.gua ada dapat email dari alex.dia dalam dilema nak pakai midfielder mana satu..gua suruh pakai Carrickla.sedang top form.pasang dengan scholes.
jam gua sampai Old Trafford.gua nampak fletcher yang masuk.

gua da agak.mesti akan kena dulu punye.main pon mesti macam orang mengantuk, tak tidur 2 hari sebab baca buku Biologi.

jangkaan gua tepat.baru 7 minit main, teh tarik gua tak luak pon lagi.Bent dah score.

huh.

gua mesej Cmeque."apa ni bai,main macam cilake.pass macam haram.kan dah kena."

lama gua tunggu mesej gua dibalas.mungkin Cmeque sangat tekun belajar game ni.biarlah.

habis nasik goreng paprik gua.habis jugaklah separuh masa pertama.

mula separuh masa kedua.gua dah rasa nak order maggi goreng pulak.nak hilangkan ngantuk gua.huh.

O'Shea lintang cantik je.GOL!Berbatov buat tendang cara berbasikal.
gua tak melompat pon.terkejut.

"eh, boleh juga si berat bontot ni buat camtu."dalam hati gua.

turrt.turrtt..
Sony Erikson gua bunyik.

Cmeque:kan abg dah kata,axion namanya.

"eh, apa jadah ni.apa kaitan axion dengan gol berbatov."
ahhh..lantakla.gua nak pesan maggi goreng.

"maggi habis bang" jelas Ayu.

aduila..dahla gua teringin sangat makan maggi.takpela.lain kali.

gol!dah kena balik.cilake.gua tak tengok pon.sibuk tengok Ayu.huh.

gua dah mula rasa nak balik pulak.huhu.layan game macam ni.baik gua tengok ATM lawan Kelantan tadi kat stadium belakang rumah gua.dapat jugak gua tengok Indra Putra score penalti.

gua punya jantung laju je.masa dah masuk minit 91.gol!anton pulak tertampan masuk bola Evra.hoo.

"Ayu,kira ni."

03 October 2009

minang

gua suka masakan minang ni..
dekat opis gua, kak Liza suka bawa masakan minang mak dia.sedap.
gua selalu je menempel sebelah dia time makan.

pedas.cukup segala.

*doakan kesejahteraan keluarga kak Liza yang sedang bersusah menghadapi ujianNya di Padang.tak lupa jugak semua yang kesusahan.