04 October 2009

pesanan abang.

"weh..aku tak main petang nanti" kata abang.
"ko tolong r member member aku nanti..asal jangan kalah dah le..nanti aku bawak ko clubbing ngan awek hot."

adik jawab."ok!"

mungkin waktu ini.mereka semua baru pulang ke rumah selepas bergembira selepas si adik menjaringkan gol untuk kelab si abang.haha.

game paling pelik gua layan.bosan.sebelum game.gua ada dapat email dari alex.dia dalam dilema nak pakai midfielder mana satu..gua suruh pakai Carrickla.sedang top form.pasang dengan scholes.
jam gua sampai Old Trafford.gua nampak fletcher yang masuk.

gua da agak.mesti akan kena dulu punye.main pon mesti macam orang mengantuk, tak tidur 2 hari sebab baca buku Biologi.

jangkaan gua tepat.baru 7 minit main, teh tarik gua tak luak pon lagi.Bent dah score.

huh.

gua mesej Cmeque."apa ni bai,main macam cilake.pass macam haram.kan dah kena."

lama gua tunggu mesej gua dibalas.mungkin Cmeque sangat tekun belajar game ni.biarlah.

habis nasik goreng paprik gua.habis jugaklah separuh masa pertama.

mula separuh masa kedua.gua dah rasa nak order maggi goreng pulak.nak hilangkan ngantuk gua.huh.

O'Shea lintang cantik je.GOL!Berbatov buat tendang cara berbasikal.
gua tak melompat pon.terkejut.

"eh, boleh juga si berat bontot ni buat camtu."dalam hati gua.

turrt.turrtt..
Sony Erikson gua bunyik.

Cmeque:kan abg dah kata,axion namanya.

"eh, apa jadah ni.apa kaitan axion dengan gol berbatov."
ahhh..lantakla.gua nak pesan maggi goreng.

"maggi habis bang" jelas Ayu.

aduila..dahla gua teringin sangat makan maggi.takpela.lain kali.

gol!dah kena balik.cilake.gua tak tengok pon.sibuk tengok Ayu.huh.

gua dah mula rasa nak balik pulak.huhu.layan game macam ni.baik gua tengok ATM lawan Kelantan tadi kat stadium belakang rumah gua.dapat jugak gua tengok Indra Putra score penalti.

gua punya jantung laju je.masa dah masuk minit 91.gol!anton pulak tertampan masuk bola Evra.hoo.

"Ayu,kira ni."

2 comments:

teddyblueberrygurl said...

dahsyat..dahsyat..
kenal sume yg famos2 jek..
kikiki..
lelaki n bola..

nazrihashim said...

mana ada dasyat.biasa je ni..
belum tahap tak makan 5 hari lagi kalau MU kalah liga.