20 December 2009

Felda : Medoi vs Bukit Tajau

Gua bukan anak peneroka Felda,tapi gua cucu peneroka Felda. Generasi ketiga orang kata.
Gua dah menjelajah banyak felda. Sampai ke Felda Sahabat, Sabah jauhnya. Sekarang gua nak cerita pasal Bukit Tajau dengan Medoi.

Medoi

Gua lahir dekat sinila.No 339. Rumah paling sebelah dengan tanah perkuburan. Dari dulu,kecik kecik sampai gua besar memang inilah tempat gua bermain.
Kalau dulu kecik kecik gua main polis sentri,pusing medoi naik basikal puksu gua,naik turun rumah atuk gua. 100meter,jarak rumah atuk belah ayah dengan mak gua.
Masuk kebun,sungai Kedondong. Itu mainan gua masa dah besar sikit. Tapi sekarang, Sungai Kedondong dah dalam nak mati. Hasil dari kerakusan hantu pasir. Gua nak suruh Karam Sing Waliya masuk buat pendedahan.
Harga getah sekarang. Semalam gua tanya mak gua. Kalau jual dekat stor(Felda punya) adela RM 2.70. Kalau jual luar(KwongSai=kongsai) RM 3.40. Mahal juga.
Rata rata penduduk Medoi gua tengok. Semua dah senang. Rumah besar,kereta 2,3 bijik.motor,ada satu rumah tu..5 bijik motor. Senangla. Kalau dulu rumahnya condong macam menara condong pon gua tengok dah jadi macam hotel Concod. Perubahan ekonomi memang bagus. Felda ni diteroka dalam era 60an. Selepas merdeka. Atuk gua yang terawal.

Bukit Tajau

Gua kenal Felda ni masa gua belajar dekat Jengka. Gua ikut program anak angkat badan beruniform. Dirasmikan oleh menteri. Datuk Seri Azalina binti Othman Said. Masa tu beliau menteri apa gua tak ingat. No 98/3 rumah mak angkat gua.
Gua tak tahu sangat pasal felda ni. Tapi gua sangat senang bila duduk sini. Mak angkat gua sangat baik. Dulu, gua selalu datang jenguk jenguk. Saje datang cari makan. Tu je la tahunya. Asal bulan puasa mesti datang. Tujuan,nak makan gulai tempoyak ikan patin. Sampai sekarang gua gemarkan ini.
Rata rata penduduk felda ni,gua tengok sekali imbas. Gua rasa tak semegah Felda Medoi. Kebanyakan rumah rumah dekat sini. Semua masih kekal dengan rumah peneroka awal awal dulu. Rumah jenis apa gua tak tahu. Ayah gua tahula.
Kebanyakan masih lagi menoreh getah. Adala separuh separuh yang dah mula nak tanam kelapa sawit.
Harga getah RM 4.12.gua tak tahu kenapa harga kat sini lagi gile mahal.

"Sekali kutip je,kau dah boleh nak terbang naik Air Asia pergi Sabah" kata kata seorang brader masa tahlil semalam.
Betapa besnye menoreh getah.

"Hujanla" tika hujan mula menitik gua bersuara.
"Kalau hari hari hujan,bukan setakat pergi Sabah.London pon aku sampai dalam mimpi." Kata kata seorang brader masa tahlil semalam.


Felda Medoi terletak di Segamat,Johor
Felda Bukit Tajau terletak di Maran,Pahang



Gua post pakai Blekberi ni

5 comments:

a!rb@g said...

klu da cukup duit, dtg la sabah. ngeh

gagap said...

haha..insyaallah..gua datang nanti..

sery said...

gua pun membesar kat umah nombor 339 weh!

nazrihashim said...

yeke enon?hahaha...ada chemistri ni.

tongkangbocor said...

kebetulan jumpa ini blog, hahaha...jiran kamu di medoi, no 349...anak chek atan, hahaha...