22 December 2009

Tok Medoi

Mari lihat apa gua dapat bila gugel Medoi.

Sejarah Felda Medoi

Felda Medoi adalah sebuah tanah rancangan yang dibuka pada pertengahan tahun 1963 sebagai sebahagian daripada pembangunan tanah pinggir untuk bumiputra oleh kerajaan ketika itu. Terletak 8 kilometer dari Bandar Segamat. Ekonomi utama penduduk di Felda Medoi adalah penanaman pokok getah.

Nama Felda Medoi diperolehi daripada nama orang asli yang bernama Tok Medoi. Tok Medoi dikatakan telah membuka penempatan awal di sini.
Masyarakat sekitar pada ketika itu sangat menghormati beliau kerana mempunyai pengetahuan yang luas. Namanya diabadikan sebagai mengingati jasa-jasanya....



Pembakar Semangat


Golongan wanita di Felda Medoi merupakan golongan yang dipandang tinggi kerana semangat juangnya. Mereka adalah orang yang menjadi peniup semangat kepada suami ketika peringkat awal meneroka tanah Felda tersebut. Kini setelah berpuluh tahun berlalu, hasil titik peluh dinikmati dan dikongsi sekeluarga. Tentulah tidak boleh dinafikan peranan mereka bukan sahaja kepada kejayaan tanah yang diteroka tetapi juga kepada keluarga.

Pada masa yang sama, mereka juga melibatkan diri dalam hal-hal sosial, masyarakat dan juga keagamaan. Pada masa-masa terluang wanita Felda Medoi menghadiri majlis bacaan yasin pada setiap Isnin di Masjid Jamek Medoi....



Sekolah adik gua


Lokasi geograpi. Orang naik helikopter je baca ni.


Ni profile Medoi





Gua pelik kenapa entri gua yang baru gua tulis tu tak keluar.





NAZ BOSANYE TOPIC KO NI!!!! -wEdHa