04 December 2009

Kisah Kampung Sireh Bertingkat

Tersebutlah alkisah di sebuah kampung bernama Kampung Sireh Bertingkat.Terdapat ramai orang orang yang tidak diketahui asal usulnya.Walaupun ada,cumalah orang orang yang menumpang mencari rezeki di tepi tepi pokok keruing,itupun sangat kecil bilangannya.

Penduduk penduduk kampung Sireh Bertingkat ini tidaklah begitu normal kehidupannya.ada yang harinya dipenuhi dengan meminum air air yang berlogo kapak,ada yang harinya cuma duduk berkain batik menjual sireh,ada juga yang merayau rayau sambil mata tajam mencari sumber rezeki,ada juga yang sibuk mencantikkan muka dengan menampal bedak sejuk dan menunggu ditepi tepi pokok,menunggu siapa tidak tahu.Yang masih kecil juga tidak ketinggalan,sibuk bermain.Sememangnya yang kecil ini tidak tahu apa erti Tadika Murni.

Manakala, bagi orang orang yang menumpang,semuanya sibuk memerah keringat,membanting tulang bekerja untuk mencari sesuap megi.Datang pagi, balik malam.

Terjadilah kisah, pada hari tadi.Seorang kanak kanak penduduk kampung tersebut telah hilang dalam jagaan bondanya,penduduk tetap kampung tersebut.Berdarah air mata si bonda mencari anaknya.Merata di tepi pokok,unta,kancil,semak samun, tidak juga berjumpa.

Setelah lebih dua jam mencari, dia terdengar suara anaknya meraung raung bagai gila.Manakan tidak gila, bibirnya,pipinya,lehrnya,lengannya habis lebam lebam.Terdapat juga tiga kesan merah pekat seperti digigit kelawar.Meraung bondanya.

Arakian tersebut,menunggula bondanya,betol betol di bawah pokok jati tempat anaknya keluar tadi.Dilihatnya, seorang lelaki yang jalannya sedikit terhuyung dan bermuka puas.

Tanpa disoal,tanpa ditanya. Pang!!! Si bonda menampar lelaki tersebut.mulutnya terkumat kamit memaki dalam bahasanya.Tidak difahami oleh orang banyak. !-+l;/6k:@$!!!

Setelah puas memukul,memaki..si bonda memanggil orang orang kampung.Berceritalah si bonda kepada orang kampung.

Orang kampung yang telah mendengar cerita,pantas meringankan tangan kaki ke arah lelaki tersebut.Raungan lelaki tersebut tidak diendahkan.
Sehinggalah datang seorang penduduk kampung yang masih muda,juga jalannya terhuyung hayang,membawa sebiji buah kelapa.Dihayunnya kelapa tersebut ke kepala lelaki tadi.Bukan sekali, tetapi lima kali.Pecah kelapa,pecah kepala.Kelapa tidak pula mengeluarkan isi atau air.Kepala sahaja yang menitis air merah.Pekkkk!! Kaki pula di kepala.Terbaring lelaki tersebut memegang kepalanya.

Hingar bingar kampung tersebut.Semua orang banyak leka melihat,ada yang memanjat pokok,ada yang menggunakan teropong,tidak kurang juga yang menggunakan mata.

Dikisahkan, datang seorang tua,lengkap berbaju biru,tanjak biru,serta merokok.Rokok Nusantara hijau ori hemahnya."Kenapa?" Orang tua ini bukan orang kampung Sireh Bertingkat.
"Dia rogol anak saya" Si bonda pandai cakap luar.
"Ohhh..ok,yang lain lain sila beredar nanti tak pasal pasal aku panggil trak angkat semua sekali"Orang tua tersebut meninggi suara.

Maka berlarila orang orang kampung.

"Kejap, aku telepon hospital.nak ke tak nak diorang ambil kau.teruk dah ni"
"&¤m)a@p¥" Lelaki tadi merayu sambil keduanya tapak tangannya rapat lagak meminta maaf.
"Dah, kau tunggula kejap.Nasib tak mati kau kena belasah."

Setelah lima minit.datangla sebuah van mengambil lelaki tersebut, diiringi orang tua tadi.
Sebelum bergerak, tiba tiba muncul si bonda,menunjukkan anaknya.seperti mahu anaknya dibawa sekali.
"Kau betul nak naik sekali?kalau dah naik, memang tak datang balik." Kata orang tua berbaju biru tadi.

Si bonda tunduk sambil laju mengendong anaknya ke tepi.

Begitulah hari hari yang biasa dilalui oleh penduduk penduduk kampung Sireh Bertongkat.Mereka tidak takutkan siapa siapa.Mereka bebas mengamalkan undang undang sendiri, undang undang syariah mahupun sivil.Mereka bebas jual dadah.Mereka bebas jual diri.Mereka bebas buka judi kuda.Mereka bebas jual M16.Mereka bebas ludah sireh.Mereka kata mereka perlu dilindungi. "Saya ada kad UNICEF" Kata kata itu pernah didengari.

Yang masih belum bebas hanyalah penumpang penumpang kampung tersebut yang sepatutnya lebih berhak.Sampai bila.

Ini hanyalah secebis kisah dari kampung Sireh Bertingkat.


3 comments:

waz said...

pergh..cerita pendek yg mmg best. ko patut letak gambaq tadi. baru pembaca lebih terasa impak emosi. macam aku skrg. sbb aku dah tgk gambar, imaginasi n bayangan aku lebih clear masa aku baca tulisan ko nih..gila terang perasaan aku..
benci, meluat, sakit, terkejut, gerammmm..tu sume la..
its a disturbing scene ;(
but a great writing! yey!

nazrihashim said...

wahhh...seronok.jap gua letak gambar...muahaha..tenkiu!

sery said...

gila bodoh punya manusia. bukan lu, perogol tu. haktuih!