20 October 2009

suara

suara.

gagap lagi.

bismillahhirrahmanirrahim.

18 October 2009

MLM lagi.

"senang je..kau cari je dua orang bawah kau jadi downline.Modal 50 je "

"tak reti cakap, bia aku je cakap"
sembang Azman sama gua.

Bila Azman ajak minum.

Gua tengah lepak baca siri pasport Pipiyapong, tiba tiba..

truutt..telefon bimbit gua bunyi.ada mesej masuk.

Azman
lu katne? jom minum?

aiseh.baru gua ingat nak rilek rilek. Semalam dari pagi sampai petang dah sibuk layan event muksu gua. malam jalan Uptown. ni pagi tadi pergi berenang.

bukan apa, gua dah masak sangat dengan Azman ni.

kalau dia ajak minum mesti ada bisnes yang nak dibincangkan.

kebiasaanya, satu bisnes pon tak jadi!!

17 October 2009

Atas

Jika.
Aku.
Turun.
Naik.
Tangga.
Itu.






Sampai bila aku disini?



Bandar Tasik Selatan

16 October 2009

Parandaman.

Pagi, gua bangun awal. Habis bersiap gua keluar rumah tutup pintu mangga dan jalan. harini gua nekad nak naik teksi sebab Gen-3 gua belum lepas keluar lagi.

Sambil gua jalan menuju ke tempat mununggu teksi, gua sempat lepak kedai Dolah capai Utusan. Baca sikit cerita bola Malaya. " Malam Pesta Gol". "Huh! patutla stadium dekat rumah gua bising je malam tadi, rupanya askar kena belasah".

Habis gua baca. Bagi salam kat Dolah, cakap gua nak jalan dah.

"Nah rokok sebatang." Dolah tolak gua rokok.

"Eh, takpe.Gua puasa 6.". gua tolak Dolah rokok.

Tunggu teksi.

Adala 2,3 awek Sogo sama sama tunggu bas dengan gua. Diorang tunggu bas, gua tunggu teksi.Huh!

5minit.

Lepas je kereta Unser biru lalu gua nampak satu teksi..heh..dari jauh gua dah senyum.

Gua gagap lagi ni.

Nanti lain kali gua rakam semua perbualan gua dengan pemandu teksi Parandaman ni. Ayat ayat dia memang bagi impak kat gua. Ada cerita politik,1 Malaya, hal kaum di Malaya, motivasi motivasi.betul, gua rasa kalau dia ni jadik pensyarah dekat Universiti, mesti pakai tittle Dr.

Huh.rugi.

Nanti gua cerita penuh sama lu bukan bogel.Gua dah gagap balik, banyak ayat best Parandaman ni gua lupa.Huh!

12 October 2009

300 bai

gua takdek can betol taip belog.

nanti gua bagi sepuluh entri baru.

janji!

04 October 2009

petang membaca

rutin gua setiap petang ahad.

menerima bait bait puisi fynn jamal.meneroka maksud lagu lagu wani ardy.mengikut rentak sedap beeha.

membaca dengan penuh hati post post lama pipiyapong,soljah,sinaganaga dan beberapa blog yang tak pernah miss.

macam ni kira stalker jugak ke?.

pesanan abang.

"weh..aku tak main petang nanti" kata abang.
"ko tolong r member member aku nanti..asal jangan kalah dah le..nanti aku bawak ko clubbing ngan awek hot."

adik jawab."ok!"

mungkin waktu ini.mereka semua baru pulang ke rumah selepas bergembira selepas si adik menjaringkan gol untuk kelab si abang.haha.

game paling pelik gua layan.bosan.sebelum game.gua ada dapat email dari alex.dia dalam dilema nak pakai midfielder mana satu..gua suruh pakai Carrickla.sedang top form.pasang dengan scholes.
jam gua sampai Old Trafford.gua nampak fletcher yang masuk.

gua da agak.mesti akan kena dulu punye.main pon mesti macam orang mengantuk, tak tidur 2 hari sebab baca buku Biologi.

jangkaan gua tepat.baru 7 minit main, teh tarik gua tak luak pon lagi.Bent dah score.

huh.

gua mesej Cmeque."apa ni bai,main macam cilake.pass macam haram.kan dah kena."

lama gua tunggu mesej gua dibalas.mungkin Cmeque sangat tekun belajar game ni.biarlah.

habis nasik goreng paprik gua.habis jugaklah separuh masa pertama.

mula separuh masa kedua.gua dah rasa nak order maggi goreng pulak.nak hilangkan ngantuk gua.huh.

O'Shea lintang cantik je.GOL!Berbatov buat tendang cara berbasikal.
gua tak melompat pon.terkejut.

"eh, boleh juga si berat bontot ni buat camtu."dalam hati gua.

turrt.turrtt..
Sony Erikson gua bunyik.

Cmeque:kan abg dah kata,axion namanya.

"eh, apa jadah ni.apa kaitan axion dengan gol berbatov."
ahhh..lantakla.gua nak pesan maggi goreng.

"maggi habis bang" jelas Ayu.

aduila..dahla gua teringin sangat makan maggi.takpela.lain kali.

gol!dah kena balik.cilake.gua tak tengok pon.sibuk tengok Ayu.huh.

gua dah mula rasa nak balik pulak.huhu.layan game macam ni.baik gua tengok ATM lawan Kelantan tadi kat stadium belakang rumah gua.dapat jugak gua tengok Indra Putra score penalti.

gua punya jantung laju je.masa dah masuk minit 91.gol!anton pulak tertampan masuk bola Evra.hoo.

"Ayu,kira ni."

03 October 2009

minang

gua suka masakan minang ni..
dekat opis gua, kak Liza suka bawa masakan minang mak dia.sedap.
gua selalu je menempel sebelah dia time makan.

pedas.cukup segala.

*doakan kesejahteraan keluarga kak Liza yang sedang bersusah menghadapi ujianNya di Padang.tak lupa jugak semua yang kesusahan.

27 September 2009

rembat balik.

gua sekarang dalam misi mencari rakan untuk kongsi bayar sewa rumah bujang gua.


tong gas petronas gua kene rembat
kasut onizuka harimau gua kene rembat
baju 'bundle' the beatles gua kene rembat
adidas original kawan gua bagi kene rembat


calon rakan rumah bujang gua mesti:

1.1Malaya
2.bekerjaya
3.suka rembat bola bukan barang gua
4.pandai masak lagi bagus
5.tak lokek
6.kuat sebab gua rasa macam ada orang folow gua sekarang
7.boleh kejut gua subuh
8.tiada hasrat nak bawa balik perempuan masuk rumah gua
9.minat MU, kalau minat stoke pun bagus jugak.boleh gua kutuk

rumah sewa gua, rumah lu juga.bilik gua,bilik gua.bilik lu,bilik lu.barang gua,barang gua.barang lu,barang lu.gua makan lu makan.lu frust kene dumb awek,gua gelak.

apa yang menarik tentang rumah sewa bujang gua;

1.tikar getah
2.sofa opis gua
3.tv 19 inci
4.dapur masak
5.kuali,cerek,periuk,cawan,pinggan,sudu garpu.
6.2 bilik
7.ruang tamu besar, dapur besar,tandas besar.
8.gua tak pernah bayar bil air,bil api,bil astro.
9.dekat dengan stadium
10.genting pon nampak dari rumah gua,KLCC lagi dekat.
11.bas U3 senang dapat
12.dekat dengan ThizThat, sup 88, SY tomyam.
13.ada awek cun sebelah rumah gua


siapa berminat, kontek gua.dengan kadar segera.

suka hati gua buat iklan.pedulik

transnasional.

1100 25 SEPT 2009

"abang ngah, pergi kedai jap" mak gua teriak gua.gua tengah syok layan
gitar hero 'Aerosmith edition'.

"ye..jap mak."

"cepatla, tadi nak sangat suruh buat sambal belacan" mak bebel.

"ok ok..orang pergi la ni" lincah gua sambil capai kunci motor.


# sedap mak gua buat sambal belacan+mangga...

1345 25 SEPT 2009

"amin...takaballahhuminkum."
salam salam.

"eh, lama tak nampak kau.mana pergi?" sapa kawan main bola petang petang gua dulu, Syed.

"haaa..'aku' kerja kolumpo" jawab gua.

# syed ni pernah ajak gua sukaria dekat pub DaiChi.gua tolak.

1415 25 SEPT 2009

gua makan.jangan kacau.

1455 25 SEPT 2009

sampai bas stesen.

salam mak,ayah. selamat.jumpa lagi.

naik bas.huh..kosong je.awek pon tak ramai.

gua tidur sampai seremban.padan muka gua.


# dengan begpek adidas yang full.posbeg reebok full jugak,siap ada cincin emas mak andak gua.jual memang berbaloi.
lebih kurang 1800 lebih sikit baru gua sampai rumah.

haru.kasut adidas original gua hilang.babi!

23 September 2009

bunga flip flop

gua ingat selipar je ada flip flop.
bunga ada jugak.

alaaa..yang orang orang sibuk lekat kat kereta tuh.

goyang goyang guna tenaga solar.

penangan dia tak ingat.
gua sempat kira.

masa gua pergi semayang raya haritu pun.gua rasa adala 3 kereta je yang tak letak bunga flip flop.

pehhh...hebat kan?

satu 10 RM gua tengok bangla bangla jual.

kan kaya raya tu.
gua jual topap pon tak boleh kaya macam tuh.

balik kolumpo ni nanti gua nak cari supplier bendalah tuh.

gua nak jual.

lu dah ada ke?
huhu...

17 September 2009

Halau

malam tadi gua kena halau dari atas bas Rapid Kolumpo.

bengang!

"kau pergi tukar duit dulu!!!" tengking drebar bas tu sama gua.

14 September 2009

sahur.

gua : sahur apa?

amir : nasi goreng. lu lapsap?

gua : air kosong.

amir : kawinla cepat. makan sedap.

gua : nanti dulu

amir : weh, cepat!

gua : apa?

amir : korek hidung.

gua : saitan.

13 September 2009

baca

gua sempat rembat Berita Minggu dengan Mastika dekat kedai Thiz That tadi.

Selamat jalan, Beckham! Selamat datang, Lennon! - Agensi

wah3!! bukan lelaki lennon dan pasukan cap ayam dia kalah ke malam tadi?

gua...gua..pehh..gagap la nak taip..nak ulas pasal beckham ni.
baca sini. lu ulas sendiri.

yang pentingnya gua sedikit bengang.
gua beperanan sebagai beckham di era sekolah bersama CF yang dua.

gambar yang masih tersimpan rapi dalam dompet duit masing masing.
beckham-raul-zidane.

Tip untuk membuat lawak. - Mastika

kah..kah..kah..mari kita ketawa.

Ingat cerita jenaka
mana boleh lu tiba tiba lupa masa lu buat lawak.bersedia.

Rangka cerita
kalau boleh buat point point, tak pun lu buatla awan awan macam lu belajar masa SPM dulu.

Kata pikat.punch line
pengakhiran di luar jangkaan.

Pendek
jenaka mesti pendek.

Lu yang buat lawak, lu xpayahla ketawa

biar gua cuba buat satu lawak.

Eh, kau nak balik kampung ada kereta?.
"emm..takde" gua jawab bersahaja.
"Nak pakai kereta tak?"
gua senyap.
tidak puas hati dengan segala pertanyaan tidak dijawab gua.
Azhar terus bertanya tanpa mempedulikan gua yang sedang layan i peduli apa...

"kau ambillah kereta aku. RM 1000. kau pakaila tiga bulan."
"esok ikut aku pergi stor.bawa duit.lepas tu kau pakaila" ajak Azhar dengan nada memaksa.

Tidak tahan dengan soalan yang bertubi tubi.
"gua takde lesen!!!"

"sewa rumah bila lu nak bayar"?? gua cakap dalam hati je.

lu gelak tak? tak..
ok..

tips lagi.

lawak mana boleh paksa paksa.spontan.

kongsi rumah gua

situasi satu

"turrrtt" bunyi Xda gua. ade mesej masuk

dijul
"bro, aku dah tak masuk rumah lepas raya nanti..sebelum raya nanti aku balik ambil barang.."
gua balas
"hooii! jangan gitu"

situasi dua (pagi tadi)

botak
"wei, aku dah tak kerja dekat woksop sahak, die tak bayar gaji aku"
gua
cilake! sewa rumah lu?

percintaan Tan Hong Ming

lelaki F : tunang W
perempuan W : tunang F

apa lu fikir kalau lelaki F telepon boss perempuan W tanya lokasi perempuan W??

gua gelak je.

lu?

berbagai cerita dah gua dengar dari perempuan W pasal tunangnya, lelaki F. Bosan gua.

main mata dengan kawan perempuan W.
skandel dengan kawan perempuan W yang tadi.
(dimaafkan oleh perempuan W)

muka pandang perempuan W, tangan sebelah raba kuku jari kawan perempuan W yang lain.
hantar pulang kawan perempuan W, perempuan W naik Metrobas.
(dimaafkan juga)

sesaat lepas habis waktu opis kene telepon.
begayut sampai lelaki F sampai opis.
bile sampai opis perempuan W mesti bagi henpon kepada lelaki F.
semua mesej, kol yang masuk ditanya satu persatu.
ada nama baru dalam kontek list akan dipadam serta merta.
(alah bisa tegal biasa kata perempuan W)

lelaki F dapat kerja.
seminggu kerja, perempuan W tertengok henpon lelaki F. Ada gambar baru.
lelaki F gambar peluk bahu dengan perempuan lain.
lelaki F kata bini orang itu yang nak bergambar.
(dimaafkan saja)

sungguh pemaaf perempuan W. banyak lagi kisah kecurangan lelaki F yang diceritakan kepada seluruh opis. tolak tambah, perempuan W sudah di main kayu 18kan.

baik cinta Tan Hong Ming. Ikhlas dari hati seorang budak belum akil baligh. walaupun tak pernah haram dia faham apa maksud baligh tu.

cinta gua macam mana?
tak tahu.

singgel.

nak jadi awesome juga

gua kena cari balik buku buku gua.

Mutiara Naga contohnya.

04 September 2009

gua bayar sewa rumah

mana boleh bawa perempuan rambut belonde dalam rumah bujang gua.

saitan!!!

26 August 2009

kongsi rumah gua.

Rumah gua bukan rumah kongsi PATI.
Dijul
Orangnye peramah bila kene masanya. Umur lingkungan 25.

Awal debutnya, sangat meyakinkan perbualannya. Mahu kerja cari duit. Mahu buka perniagaan sendiri. Dengan tiada bekalan dan sedikit ilmu masak megi di rumah, beliau kerja di sebuah restoren westen. Jadi chef katanya.

Sibuk beliau. Hari hari abis masak pukul 2,3 pagi. Menganggu mimpi saya dengan bidadari. Tak apelah. Hampir 5 bulan beliau komited dengan kerjanya.
Masuk bulan ke 6. Sudah keluar suara suara yang menyatakan ketidak puas hatian beliau terhadap managment restoren.

"balik pukul 2,3 pagi,penat..gaji sikit..nak berentila!" kecewa dijul.

Gua tak dapat berkata apa. Tetap mengharap beliau terus bekerja, agar beliau berduit untuk membayar sewa rumah kongsi gua.
Selang beberapa minggu.
Asal gua balik rumah je, dijul ada.

"aiii..tak kerja ke dijul ni?" bisik hati gua.

Seminggu begitu. Gua da pelik.
2 hari lepas, beliau ajak gua layan GI JOE. Gua layankan.

"aku dah berhenti kat restoren." cerita dijul semasa dalam perjalanan menemui j0e's.

"aku nak berniaga dekat masjid india" sambung dijul.

Gua senyap membisu. Tak apelah.

Hari ni gua balik, dijul sudah pergi. Ke masjid india,berniaga.

Kemana agaknya dijul selepas raya nanti?

Nota buat Dijul.

"jangan pergi dijul. Siape nak kongsi bayar sewa rumah kongsi ni?"