16 October 2009

Parandaman.

Pagi, gua bangun awal. Habis bersiap gua keluar rumah tutup pintu mangga dan jalan. harini gua nekad nak naik teksi sebab Gen-3 gua belum lepas keluar lagi.

Sambil gua jalan menuju ke tempat mununggu teksi, gua sempat lepak kedai Dolah capai Utusan. Baca sikit cerita bola Malaya. " Malam Pesta Gol". "Huh! patutla stadium dekat rumah gua bising je malam tadi, rupanya askar kena belasah".

Habis gua baca. Bagi salam kat Dolah, cakap gua nak jalan dah.

"Nah rokok sebatang." Dolah tolak gua rokok.

"Eh, takpe.Gua puasa 6.". gua tolak Dolah rokok.

Tunggu teksi.

Adala 2,3 awek Sogo sama sama tunggu bas dengan gua. Diorang tunggu bas, gua tunggu teksi.Huh!

5minit.

Lepas je kereta Unser biru lalu gua nampak satu teksi..heh..dari jauh gua dah senyum.

Gua gagap lagi ni.

Nanti lain kali gua rakam semua perbualan gua dengan pemandu teksi Parandaman ni. Ayat ayat dia memang bagi impak kat gua. Ada cerita politik,1 Malaya, hal kaum di Malaya, motivasi motivasi.betul, gua rasa kalau dia ni jadik pensyarah dekat Universiti, mesti pakai tittle Dr.

Huh.rugi.

Nanti gua cerita penuh sama lu bukan bogel.Gua dah gagap balik, banyak ayat best Parandaman ni gua lupa.Huh!